Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Selasa, 15 Januari 2013

Cucur ikan bilis

Hye,korang pernah makan cucur ikan bilis x?Kalau yang belum pernah makan dan ingin membuatnya sendiri,korang boleh lah follow saya untuk membuatnya.

Bahan-bahan Cucur ikan bilis:

*2 cawan Tepung gandum

*sedikit Ibu Roti (untuk menaikkan doh tersebut)

*Sengenggam Ikan bilis (dibilas sedikit terlebih dahulu untuk menghilangkan habuk pada ikan bilis
                                      tersebut).
*1 ikat daun kucai (untuk mewangikan rasa)

*Cili merah (dipotong kecil)

*bawang merah (dihiris halus)

*garam (dua sudu kecil)

*setengah liter air

Cara membuat Cucur Ikan Bilis:

1.Potong cili merah,daun kucai,bawang merah kecil-kecil.

2.Blender ikan bilis yang telah direndam tadi.

3.Masukkan tepung gandum,ikan bilis yang telah dikisar tadi kedalam tempat besar dan kacau.

4.Kemudian masukkan bawang,cili merah,daun kucai, dan air.Kacau sehingga sebati.

5.Masukkan ibu roti dan juga garam.Kacau sehingga sebati.

6.Panaskan minyak ke dalam kuali.Setelah minyak panas,korang bolehlah masukkan adunan yang korang
   buat itu ke dalam minyak yang korang panaskan tadi.Masukkan adunan tersebut mengikut saiz yang kecil.

7.Agak-agak kekuningan cucur itu,boleh korang angkat dan letakkan ke dalam pinggan yang dihias tadi.

8.Bolehlah korang menikmati cucur ikan bilis tersebut bersama-sama sos cili. :)




Jus Buah-buahan

Untuk pengetahuan korang cara membuat jus senang sahaja.Tidak kira lah jus apa-apa pun.
Jus buahan kejus oren ke sama ja cara membuatnya.

Bahan-bahan Jus Buah-buahan:

*Buah-buahan (buahan nie haruslah dibuang kulitnya dan bijinya,kemudian potong lah kecil sikit
                        untuk memudahkan proses blander)

-2 biji buah stawberry
-2 biji buah tembikai
-2 biji buah apple

*Ice batu

*Yogurt fruit

Cara membuat Jus Buah-buahan

1.Mula-mula blender buah yang dinyatakan di atas satu persatu.Ikut suka hati koranglah nak blender yang
   mana satu dulu.
2.Tuangkan buahan yang diblender tadi ke dalam gelas khas.
3.Tuangkan pula ketulan ice batu ke dalam air buahan tersebut.Ini kerana untuk menyedapkan
   dan menyegarkan rasa ketika menikmati minuman tersebut.
4.Akhir sekali,letakkan potongan buah tembikai dan strawberry diatas glass dan hiaskanlah dengan
   payung yang comel.

Isnin, 14 Januari 2013

Banana Split

Korang suka x makan Banana Split?
Aq dengar je pasal babana split ini terasa lapar plak.hehehe..
Cara-cara membuat banana split nie senang je.Bahan-bahannya hendak membuatnya pun
simple je..

Bahan-bahan untuk membuat Banana Split:

*1 buah pisang (belah buah pisang tersebut di bahagian tengah2 sehingga nampak terbahagi     
                       dua)

*Ice Cream (ice-cream nie x kesah korang nak perisa apa,ikut citarasa  
                  korang..PerisaMin,Coklat,Vanilla n lain2 pown boley,tpi korang letak 3 perisa  
                  ja lah nnti x nmpak menarik plak kalau korang letak banyak jenis ice-
                  cream.hehe)

*Wire Cream (untuk meyedapkan lagi rasa)

*Buah Cerry

*Hiasan (hah untuk hiasan nie plak korang boleh letak potong buah;buahan yang sedap n 
            sesuai,coklat  rice dan sebagainya).
             


Cara membuat Banana Split:

1.Sediakan alatan dan bahan-bahan untuk membuat Banana Split.
2.Letakkan buah pisang yang telah dibelah tadi ke dlam tempat khas dan diletakkan di 
   bahagian pinggiran kanan dan juga kiri.
3.Selepas selesai bahan ke-2,letakkan ice-cream 3 perisa yang korang suka di bahagian 
    tengah buah pisang tersebut.
4.Taburkan wire cream diatasnya dan letakkan hiasan yang korang inginkan seperti buah 
   cerry dan  sebagainya..
5.Akhir sekali,bolehlah korang menikmati babana split nie bersama-sama kawan2 n 
    keluarga korang.

#Simple kan.Cubalah :)