Selasa, 15 Januari 2013

Cucur ikan bilis

Hye,korang pernah makan cucur ikan bilis x?Kalau yang belum pernah makan dan ingin membuatnya sendiri,korang boleh lah follow saya untuk membuatnya.

Bahan-bahan Cucur ikan bilis:

*2 cawan Tepung gandum

*sedikit Ibu Roti (untuk menaikkan doh tersebut)

*Sengenggam Ikan bilis (dibilas sedikit terlebih dahulu untuk menghilangkan habuk pada ikan bilis
                                      tersebut).
*1 ikat daun kucai (untuk mewangikan rasa)

*Cili merah (dipotong kecil)

*bawang merah (dihiris halus)

*garam (dua sudu kecil)

*setengah liter air

Cara membuat Cucur Ikan Bilis:

1.Potong cili merah,daun kucai,bawang merah kecil-kecil.

2.Blender ikan bilis yang telah direndam tadi.

3.Masukkan tepung gandum,ikan bilis yang telah dikisar tadi kedalam tempat besar dan kacau.

4.Kemudian masukkan bawang,cili merah,daun kucai, dan air.Kacau sehingga sebati.

5.Masukkan ibu roti dan juga garam.Kacau sehingga sebati.

6.Panaskan minyak ke dalam kuali.Setelah minyak panas,korang bolehlah masukkan adunan yang korang
   buat itu ke dalam minyak yang korang panaskan tadi.Masukkan adunan tersebut mengikut saiz yang kecil.

7.Agak-agak kekuningan cucur itu,boleh korang angkat dan letakkan ke dalam pinggan yang dihias tadi.

8.Bolehlah korang menikmati cucur ikan bilis tersebut bersama-sama sos cili. :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan